
Dalam aku mengejar bayang-bayang yang ku sangka kasih dan cinta...aku telah memulakan langkah mengenali mu...kau menonjolkan diri di sebalik kata-kata pengenalan di alam siber..setiap malam pasti kau menjadi pendengar setia masalahku....aku mula meluahkan segala cerita-cerita aku pada hari itu..dan aku pun mula bertanya tentang dirimu....asalmu...dengan gelak tawa kita, semua masalah menjadi ringan dan kebetulan menemui jalan penyelesaian dengan sendiri...
Aku senang sekali dengan perwatakanmu...kata-kata lembutmu..dan pertama sekali kau memanggil aku dgn panggilan yang cukup menyenangkan aku....budi bahasamu yang cukup tersusun bagai membuai aku dalam alam fana....bermula daripada saat itu kita mula bersenda gurau...dan...kau mula tidak dapat menerima jika aku pergi terlalu lama darimu...
Sampai satu waktu aku mula di hinggapi rasa cemburu...sungguh aku tidak menyangka...aku mulai cemburu dengan perkataan mu dan rasa minatmu terhadap orang lain..kau asyik bercerita tentang dia...aku pun mula menundukkan diri..mungkin aku ini bukan siapa-siapa padamu..aku sukar untuk mengakui perasaanku....
Aku pun mula mendiamkan diri...tetapi dalam masa yang sebentar itu kau mula mencari aku...kau mula menghantar mesej untuk segera menghubungimu....aku segera menghubungimu...tetapi aku tersenyum sendiri kerana kau agak takut-takut hendak mengeluarkan suara untuk berkata-kata kepadaku...
Namun, aku tetap menanti hingga saat itu dalam kau meluahkan segala yang terbuku dalam hatimu...kita sudah cukup masak dalam mengenali diri masing-masing....dan hari ini kita melangkah ke alam baru dalam membina kehidupan..sungguh aku seperti bermimpi.......semoga ibu bapa terus terusan merestui kita seperti air yang mengalir....dan juga sentiasa di rahmati Tuhan...sampai syurga ku mencintaimu....

masa agak jeleous dgn aku...sebab tu dapat meleret sampai sini saja
ReplyDelete